6 December 2011

Apakah UPSR?


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah) merupakan program pengujian yang ditadbir secara berpusat untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah.
Ia diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon.
Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka di dalam Sains dan Matematik dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Apakah mata-mata pelajaran yang diuji?
Subjek Wajib
Subjek
Bahasa Dalam Peperiksaan
   Kertas 1
Kertas 2
Bahasa Melayu
     Bahasa Melayu (Malaysia)
    Objektif
 Penulisan
Bahasa Inggeris
     Bahasa Inggeris (English UK)
    Objektif
 Writing
Science
     Bahasa Inggeris dan Bahasa  
     Melayu
    Objektif
 Subjektif
Mathematics
     Bahasa Inggeris dan Bahasa 
     Melayu
    Objektif
 Subjektif

Bagi Sekolah Kebangsaan ujian-ujiannya adalah:
  1. Bahasa Melayu (Pemahaman)
  2. Bahasa Melayu (Penulisan)
  3. Bahasa Inggeris
  4. Matematik
  5. Sains
Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan ujian-ujiannya adalah:
  1. Bahasa Melayu (Pemahaman)
  2. Bahasa Melayu (Penulisan)
  3. Bahasa Inggeris
  4. Matematik
  5. Bahasa Cina/Bahasa Tamil (Pemahaman)
  6. Bahasa Cina/ Bahasa Tamil ( Penulisan)
  7. Sains

Mungkin dimansuh
Pada 20 Jun 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya. PMR dan UPSR mungkin dijadikan sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam
Pandangan masyarakat
Anuar Ahmad (pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) )
Bagi saya bukan mansuh tetapi rombak. Ini kerana memansuhkan sesuatu sistem penilaian akan mengakibatkan kita kehilangan satu aspek penting dalam kurikulum. Dalam setiap kurikulum mesti ada pengajaran dan pembelajaran (P&P), serta penilaian. Kalau tidak ada penilaian akan mencacatkan subjek kurikulum. Dari sudut teori pendidikan semua mengakui bahawa dalam diri manusia ada banyak potensi. Cumanya sebab UPSR terlalu berorientasikan pencapaian akademik, maka potensi-potensi lain walaupun dikembangkan dalam sistem pendidikan rendah tetapi tidak diutamakan. Misalnya dalam bidang sukan, kebudayaan, perbahasan, bahasa komunikasi, interpersonal. Walaupun semua itu penting tetapi oleh kerana sistem pendidikan kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan maka keperluan itu dikesampingkan.
Saya percaya peperiksaan perlu dirombak supaya semua elemen potensi manusia ini digabungkan semula. Apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan pada 1983, memang sudah mengambil kira semua perkara itu. Cumanya apabila dijadikan dalam bentuk penilaian, penilaian itu telah menjadikan struktur pendidikan terlalu berorientasikan peperiksaan.  sekolah rendah, penilaian mesti dilakukan secara berterusan. Falsafah pendidikan sekolah rendah adalah pelajar menguasai perkara asas. Tidak boleh mana-mana pelajar ditinggalkan walaupun dikategorikan sebagai lemah, atau pendidikan khas iaitu menguasai kemahiran Menulis, Membaca dan Mengira. Oleh itu mungkin pada peringkat paling awal iaitu Tahun 3, guru perlu menilai dan memastikan membuat laporan pencapaian pelajar sama ada telah menguasai perkara asas atau tidak. Untuk Tahun 5 dan 6 kita kena buat intervensi. Jika pelajar tidak boleh menulis, membaca dan mengira dengan baik maka guru mesti ada intervensi untuk menyelesaikan masalah pendidikan asas.
Mohd. Ali Hassan ( Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN) )
 Mungkin sudah terlalu lama sistem pendidikan kita terlalu menekan kepada peperiksaan semata-mata. Kita sebenarnya perlu menghasilkan pelajar yang tidak bergantung kepada peperiksaan tetapi belajar untuk sepanjang hayat. Jelas bahawa perubahan yang mahu dilakukan adalah betul-betul menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Ini termasuklah dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan saya tambah satu lagi iaitu semangat sosialisasi yang baik.
Ini membantu melahirkan pelajar yang mempunyai kecerdasan fizikal (PQ), emosi, (EQ), rohani (SQ), intelek (IQ) dan saya tambah FQ atau kecerdasan kekeluargaan. Semua ini penting dalam keadaan masyarakat majmuk seperti Malaysia dan lebih penting kita tidak mahu anak-anak kita hanya berjaya dalam akademik semata-mata. Ini juga selaras dengan dasar yang mahu dibawa oleh Kementerian Pendidikan iaitu satu pelajar satu sukan. Ini bagus kerana apabila pelajar mempunyai badan yang sihat otak mereka juga sihat. Ini membantu pelajar apabila meningkat dewasa tidak hanya bergantung kepada kerja-kerja yang bersifat akademik dan fakta semata-mata.
Jika kita lihat sekarang ini para pelajar sebenarnya terlalu tertekan dengan peperiksaan. Selain itu pelajar juga dilihat agak ketinggalan dalam bidang bahasa. Jika kita bandingkan dengan penguasaan bahasa pelajar di Singapura misalnya pelajar kita ketinggalan dari segi komunikasi mahupun dalam menyampaikan buah fikiran.
 Bagi saya adalah penting para pelajar terutama di peringkat rendah mahupun di sekolah menengah benar-benar memahami dan menguasai kaedah 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Ini kerana perkara ini adalah asas dalam pembelajaran. Tanpa mereka menguasai 3M, bagaimana mereka hendak meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi lagi selain meningkatkan tahap mentaliti dan pemikiran mereka.
Oleh itu kita perlu memperhebatkan lagi proses 3M ini untuk mereka memajukan tahap pemikiran mereka dan kemudian dapat terus membudayakan sifat membaca kerana ia mengasah minat mereka sama ada dalam bidang sains, teknologi, pengiraan, sastera dan sebagainya. Sekarang ini selepas sahaja habis peperiksaan tidak ada budaya membaca kerana mereka belajar hanya untuk peperiksaan dan budaya inilah yang akan meningkatkan pemahaman dan kecenderungan mereka. Kalau kita lihat di negara-negara maju budaya membaca adalah asas yang sangat penting.

3 December 2011

UPSR BAHASA MELAYU KERTAS 1 Antara kesalahan yang acapkali dilakukan.
PENULISAN BAHAGIAN C - PANDUAN MENJAWAB
BAHAGIAN C
Panduan Menjawab

1.            Baca soalan dengan teliti dan kenal pasti arahan yang diberikan dalam soalan..
2.          Kenal pasti kehendak soalan , sama ada membuat ulasan tentang pengajaran, nilai- nilai murni, kebaikan, keburukan atau amalan baik.
3.          Garis kan kata kunci kehendak soalan.
4.          Baca keseluruhan soalan (petikan ), kemudian baca dengan teliti untuk difahami.
5.          Garis isi-isi, idea-idea atau persoalan dalam petikan tersebut. Kemudian catat poin-poin ringkas.
6.          Rangka ulasan Mengapa dan kenapa
7.          Bina ayat berdasarkan poin-poin tersebut.
8.          Beri pandangan atau nyatakan pendapat tentang isi atau persoalan yang terdapat dalam petikan sahaja.
9.          Ayat mesti gramatis, tepat tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.


AZA   1       03/12/2011
PENGAJARAN dan NILAI MURNI merupakan perkara BERBEZA


Rangka jawaban


            Pengajaran / nilai murni yang pertama, kita mestilah ……………
Selain itu, kita perlulah…………………………..
Seterusnya, kita haruslah……………………….
Di samping itu, kita hendaklah ………………
Akhir sekali, kita perlulah ……………………..

Teknik membuat ulasan

1.    Teknik huraian – Berikan sebab bagi setiap perbuatan. Gunakan kata  supaya, agar, untuk

2.   Teknik contoh – Mengambil contoh perbuatan dalam petikan

Soalan     Kakak telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya.
      
 Jawaban : Teknik Huraian – Kita mestilah melarang  adik daripada melakukan perbuatan tidak baik supaya tidak  berlaku  sesuatu yang buruk.                        

  Teknik Contoh – Kita perlulah menegur   adik daripada 
bermain dengan barang- barang kepunyaan orang lain contohnya seperti yang kakak lakukan.


Perbezaan menulis soalan pengajaran dan nilai murni.


Contoh soalan : Adik mengucapkan terima kasih kepada kakak
                  kerana telah menolongnya menyiapkan kerja
sekolah.
               

Pengajaran Kita mestilah mengucapkan terima kasih kepada
orang yang telah memberi pertolongan kepada   kita.
  

        Nilai Murni Kita mestilah menghargai orang yang telah
                             memberikan pertolongan kepada kita.
                    




PENULISAN BAHAGIAN C LEMBARAN KERJA
PENULISAN BAHAGIAN C : LEMBARAN KERJA MENGIKUT
TAHAP MURID

Aktiviti 1 : Padankan …………..
ARAHAN : Padankan frasa di bawah supaya membentuk
pengajaran yang betul.


1.     Kita mestilah tabah
menghadapi


kedua-dua orang tua kita.


2.     Kita hendaklah
 bersabar dan



sekolah dan  simpan wang saku di  tabung.


3.     Kita hendaklah sayang  akan



segala dugaan dan cabaran dalam hidup.


4.     kita harusla menolong ibu
         melakukan sesuatu
         kerja untuk



seperti membaca buku atau menolong ibu.


5.     kita hendaklah
berjimat cermat
          dengan membawa
          bekalan ke


mencapai kejayaan  cemerlang .


6.     kita perlulah
menolong golongan
          yang susah supaya
          mereka



menerima ketentuan Tuhan dengan rela.

7.  kita haruslah mengisi   
      masa lapang
     dengan aktiviti  
     yang berfaedah




dapat meneruskan kehidupan seperti orang

8.  kita mestilah belajar   
     dengan
     bersungguh-sungguh 
     supaya



meringankan beban mereka.




Aktiviti 2 : Pilih nilai murni yang sesuai berdasarkan
                 Penyataan.
·        keikhlasan hati bapa saudara menjaga  anak-anak   saudaranya.

·        sedia memperbaiki kelamahan diri.

·        Keprihatinan seorang ayah terhadap kebajikan dan keselamatan anak-anaknya.

·        Ketabahan dalam menghadapi kerenah anak-anak saudara.
                                   

1.      Ayah Azmi meminta Mak Temah menjaga Azmi, Mira dan
          Azim sepanjang pemergian dia dan isterinya ke Mekah.
       

          Nilai : ______________________________________________________
                    ______________________________________________________


2.      Mak Temah menjaga Azmi,Mira dan Azim dengan ikhlas
tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Nilai : ______________________________________________________
          ______________________________________________________


3.      Mak Temah tetap menjalankan tugasnya menjaga Azmi,Mira
dan Azim walaupun mereka tidak menyukainya.

Nilai : ______________________________________________________
           ______________________________________________________


4.      Azmi,Mira dan Azim berjanji akan meninggalkan sikap buruk
mereka.

          Nilai :  ______________________________________________________



Aktiviti 3 : Padankan ayat-ayat di bawah dengan
   nilai murni yang sesuai.    



1.  Pak Ngah menjaga anak-anak
     saudaranya tanpa mengharapkan
     apa-apa balasan.



insaf

2.  Pak Ngah sering mengingatkan
     Amin,Mira dan Anita tentang dosa dan
     pahala.


Berani

3.  Walaupun Mira pernah menolak dada
     Pak Ngah, namun Pak Ngah tidak
     Bertindak balas.



Merendah diri


4.  Pak Ngah berlawan dengan dua orang
     perompak demi menyelamatkan anak-
     anak saudaranya.



Ikhlas


5.  Amin,Mira dan Anita insaf dan berjanji
     akan meninggalkan segala tabiat
     buruk mereka.



Sabar


6.  Walaupun Pak Ngah mempunyai
     ladang buah-buahan yang luas,
     namun dia tidak pernah bangga diri.



Prihatin

           





Aktiviti 4 : Padankan ayat-ayat di bawah supaya
   membentuk pengajaran. Kemudian salin
   semula menjadi ayat yang lengkap.


1.  Kita hendaklah gigih
     berusaha untuk



menabung demi masa depan kita.


2.  Kita janganlah mudah
     berputus asa



kebenaran dan berjuang mempertahankan hak kita.

3.  kita hendaklah mengisi masa



nasihat kedua-dua orang tua kita.


4.  kita hendaklah sentiasa
     mendengar


apabila menghadapi sesuatu dugaan.


5.  kita haruslah berjimat cermat
    dengan



lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

6.  kita mestilah berani
     menegakkan



mencapai kejayaan dalam bidang yang kita ceburi.

1.  _____________________________________________________________________

2.  _____________________________________________________________________

3.  _____________________________________________________________________

4.  _____________________________________________________________________

5.  _____________________________________________________________________

6.  _____________________________________________________________________
Aktiviti 5 : Lengkapkan pengajaran dengan frasa
 yang sesuai. 
  terima kasih kepada seseorang                  menghadapi segala dugaan
   menghargai jasa dan pengorbanan        memandang rendah terhadap
  apabila kita selamat daripada bahaya    mengambil berat akan
  kebajikan
  menyayangi anak-anak saudara               tanggungjawab yang
                                                                               diamanahkan
  menghormati mereka                                    seseorang yang bertanggungjawab

1.  Kita hendaklah memikul ______________________________ kepada kita.
2.  Kita mestilah _____________________________ walaupun mereka menyakiti
     hati kita.
3.  Kita haruslah mencari ______________________________ sebelum meminta
     mereka untuk melakukan sesuatu tugas.

4.  Kita mestilah _______________________________ dan keselamatan anak-
     anak supaya tiada perkara buruk yang menimpa mereka.

5.  Kita hendaklah tabah ____________________________ dan cabaran hidup.

6.  Kita janganlah ____________________________ seseorang walaupun kita
     mempunyai harta dan wang yang banyak.

7.  Kita hendaklah ___________________________ yang diberikan kepada kita.

8.  Kita janganlah bersikap biadab terhadap orang tiua, sebaliknya kita
     hendaklah __________________________________ .

9.  Kita hendaklah mengucapkan ________________________________ yang
     telah menyelamatkan kita.

10. Kita haruslah bersyukur __________________________________________ .



Aktiviti 6 : Latihan berpandu
ARAHAN : Berpandukan penyataan tulis pengajaran
    dalam kotak maklumat.

1.      Rajakumar segera mengucapkan terima kasih kepada Radzi kerana
          telah menyedarkan dirinya yang mementingkan diri sendiri.    
Kita ……………
pengajaran
perbuatan
agar/contoh






2.      Muliati segera bangun dan memberikan tempat duduknya kepada
perempuan itu.
Kita ……………
pengajaran
perbuatan
agar/contoh






3.      Sidah terlupa membuat kerja sekolah kerana tidur lewat malam tadi.
Kita ……………
pengajaran
perbuatan
agar/contoh






4.      Wah Seng menceritakan kesalahan yang dilakukan ketika berada
 di pusat sumber kepada guru kelasnya.
Kita ……………
pengajaran
perbuatan
agar/contoh






5.      Zaidi teringat pesan ibu yang melarangnya mandi sungai dan dia
 sedar akan kesilapannya sehingga dia hampir lemas di sungai.
Kita ……………
pengajaran
perbuatan
agar/contoh







6.      Kumari memandang ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan raya
ke sekolah.
Kita ……………
pengajaran
perbuatan
agar/contoh

mestilah



berhati-hati

ketika melintas
jalan raya

seperti Kumari
Aktiviti 7 : Latihan berpandu ( lengkapkan )
ARAHAN  : Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan nilai murni
    yang betul.
  Berhati-hati                   rajin                 bertanggungjawab
mementingkan keselamatan diri          Bersyukur      


1.      _________________ membantu ibu bapa untuk mengurangkan beban
mereka.

2.      _____________________________________ ketika melakukan sesuatu
 pekerjaan.

3.      ______________________ ketika bekerja untuk mengelakkan berlakunya
 kemalangan.

4.      ______________________ atas perkara yang menimpa anak-anak.

5.      ______________________ apabila diri terselamat setelah ditimpa
kemalangan.



Aktiviti 8 : Latihan berpandu ( Pilih dan tandakan )

ARAHAN  : Pilih dan tandakan ( √ )bagi pengajaran yang betul.


1.  Kita mestilah jujur dalam persahabatan dengan memberitahu
     perkara sebenar kepada sahabat kita.



2.  kita tidak perlu memikirkan baik buruk sesuatu keputusan
     sebelum kita bertindak.



3.  kita seharusnya bijak menyelesaikan masalah yang dihadapi.




4.  kita mestilah mementingkan diri semata-mata untuk kepuasan
     diri.



5.  kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan dan
     berjanji tidak akan mengulanginya lagi.



6.  Kita mestilah bangga diri dengan apa yang kita ada.




7.  kita hendaklah menjaga keselamatan diri walau di mana kita
     berada.



8.  kita  wajarlah menghargai pertolongan orang kepada kita.