30 November 2011

PENULISAN BAHAGIAN C
Antara contoh tips  jawapan  yang boleh diubah suai.

JAWAPAN 1

Penyataan :  Haris bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran sehingga
   ke universiti.
Ulasan       :  Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ialah
  bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke
  universiti.

Penyataan :  Apabila dia dewasa kelak, dia mahu berkhidmat dan berbakti
   kepada masyarakat.
Ulasan       :  Kedua, berkhidmat kepada masyarakat apabila
                     dewasa nanti.


Penyataan :  Haris menghabiskan banyak masa dengan mengulang kaji
   pelajaran.
Ulasan       :  Ketiga, memanfaatkan masa dengan mengulang kaji
                     pelajaran.

Penyataan :  Apabila Haris sudah bekerja dia akan menjaga emak dan ayah.
Ulasan       :  Keempat, bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa
                     apabila sudah berjaya.

Penyataan :  Puan Salmi berazam mahu bekerja lebih kuat untuk
   mengumpul wang supaya anaknya dapat ke universiti.
Ulasan       :  Kelima, kerajinan iaitu seorang ibu akan bekerja lebih
  kuat untuk membiayai pembelajaran anaknya.


          Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ialah bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Kedua, berkhidmat kepada masyarakat apabila dewasa nanti. Ketiga, memanfaatkan masa dengan mengulang kaji pelajaran. Keempat, bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa apabila sudah berjaya. Kelima, kerajinan iaitu seorang ibu akan bekerja lebih kuat untuk membiayai pembelajaran anaknya.


JAWAPAN 2

Penyataan :  Aku menemani emak pergi ke pasar untuk membeli barang-
   barang untuk kenduri.
Ulasan       :  Nilai yang dapat diperoleh daripada petikan ialah
                     kerajinan dengan membantu emak membeli barang
  di pasar.
  


Penyataan :  Mengadakan kenduri kesyukuran sempena kenaikan pangkat
   ayahku sebagai penolong pengarah.
Ulasan       :  Kedua, menysukuri nilmat Allah dengan mengadakan
                     kenduri kesyukuran.
  

Penyataan :  Aku terpandang lelaki meminta sedekah, lalu aku
   menghampirinya dan memberikan sedikit wang dan makanan.
Ulasan       :  Ketiga, belas kasihan dengan bersedekah kepada
                     peminta sedekah sama ada makanan atau wang.
                     
  
Penyataan :  Sepatutnya aku tidak harus mengeluh kerana segala
   keinginanku dipenuhi oleh keluargaku.
Ulasan       :  Keempat, menghargai ibu bapa kerana membesarkan
                     anak dengan sempurna.
 

Penyataan :  Perlahan-lahan, aku memeluk emak dan mengucup pipinya .
Ulasan       :  Kelima, kasih sayang anak kepada emak dengan
                     memeluk dan mengucup pipi.
                     

          Nilai yang dapat diperoleh daripada petikan ialah kerajinan dengan membantu emak membeli barang di pasar. Kedua, menysukuri nilmat Allah dengan mengadakan kenduri kesyukuran. Ketiga, bersedekah kepada peminta sedekah sama ada makanan atau wang. Keempat, menghargai ibu bapa kerana membesarkan anak dengan sempurna. Kelima, kasih saying anak kepada emak dengan memeluk dan mengucup pipi.


JAWAPAN 3

Penyataan :   “ kamu harus berterima kasih  kerana memperoleh pinjaman
                      buku teks.”
Ulasan       :  Pengajaran yang dapat diperolehi daripada petikan
  ialah kita mestilah bersyukur dengan sesuatu pemberian
  kepada kita.
                    

Penyataan :  Alangkah gembiranya cikgu kerana anak muridnya telah
   membalut buku tersebut.
Ulasan       :  Kedua, kita hendaklah menjaga buku yang dipinjam
  dengan   baik.


Penyataan :  Apabila disuruh membuat latihan mereka akur tanpa ada yang
                      berbual.  
Ulasan       :  Ketiga, kita hendaklah mendengar nasihat guru.


Penyataan :  Murid-murid tekun mendengar apa yang diajar.
Ulasan       :  Keempat, kita mestilah tekun mendengar pelajaran
   yang diajar oleh guru.
  

Penyataan :  Murid-muridnya bersemanagt untuk belajar, rajin dan
   menghargai masa.
Ulasan       :  Kelima, kita mestilah menyiapkan latihan yang diberikan
  oleh guru dengan segera.
  

          Pengajaran yang dapat diperolehi daripada petikan ialah kita mestilah bersyukur dengan sesuatu pemberian kepada kita. Kedua, kita hendaklah menjaga buku yang dipinjam dengan baik. Ketiga, kita hendaklah mendengar nasihat guru. Keempat, kita mestilah tekun mendengar pelajaran yang diajar oleh guru. Kelima, kita mestilah menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru dengan segera.


JAWAPAN 4

Penyataan :  Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Datuk Bahaman telah
   mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah.
Ulasan       :  Pengajaran yang diperoleh daripada petikan ialah kita
  hendaklah menjaga kebersihan sekolah.
 

Penyataan :  Semua ahli kelab dan guru-guru turut hadir.
Ulasan       :  Kedua, kita hendaklah bekerjasama antara satu sama
  lain dalam menjaga kebersihan sekolah.


Penyataan :  Lima kumpulan telah dibentuk dengan setiap kumpulan
   diketuai oleh dua orang guru.
Ulasan       :  Ketiga, kita mestilah bijak membuat perancangan
  dengan membahagikan tugas.


Penyataan :  Setiap kumpulan mempunyai tugas yang berlainan.
Ulasan       :  Keempat, kita mestilah melakukan tugas dengan
  sempurna.


Penyataan :  Semua murid dan guru berpuas hati dan gembira apabila
   melihat sekolah mereka bersih dan cantik.
Ulasan       :  Kelima, kita mestilah berbangga dengan hasil kerja kita.



          Pengajaran yang diperoleh daripada petikan ialah kita hendaklah menjaga kebersihan sekolah. Kedua, kita hendaklah bekerjasama antara satu sama lain dalam menjaga kebersihan sekolah. Ketiga, kita mestilah bijak membuat perancangan dengan membahagikan tugas. Keempat, kita mestilah melakukan tugas dengan sempurna. Kelima, kita mestilah berbangga dengan hasil kerja kita.



JAWAPAN 5


Penyataan  :  Pemandu dinasihatkan agar berhati-hati apabila memandu
   kenderaan tidak kira masa dan tempat.
Ulasan       : kita hendaklah sentiasa peka ketika memandu.


Penyataan :  Sekiranya berada di dalam kereta, kereta mesti dikunci bagi
                      menjamin keselamatan dan ada alat perlindungan dibawa.
Ulasan       : kita haruslah memastikan keselamatan terjamin.


Penyataan :   Elak meletak kereta di tempat yang sunyi dan pastikan kawasan
    meletak kereta terang dan menjadi tumpuan orang ramai.
Ulasan       : kita haruslah berhati-hati dengan tidak memandu seorang
                    diri di tempat yang sunyi.


Penyataan :  Jika terdapat ternampak sesuatu yang mencurigakan segera
   melaporkan kepada pihak berkuasa.
Ulasan       : kita haruslah melaporkan kes jenayah kepada pihak polis.


Penyataan :  Jangan bertangguh dan bertindak pantas jika berlaku sesuatu
   supaya dapat menyelamatkan nyawa sendiri atau orang lain.
Ulasan       : kita hendaklah bertindak pantas dalam apa jua keadaan.



          Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah kita hendaklah sentiasa peka ketika memandu. Kedua, kita haruslah memastikan keselamatan terjamin. Ketiga, kita haruslah berhati-hati dengan tidak memandu seorang diri di tempat yang sunyi. Keempat, kita haruslah melaporkan kes jenayah kepada pihak polis. Kelima, kita hendaklah bertindak pantas dalam apa jua keadaan.




JAWAPAN 6

Penyataan :  sikap hormat-menghormati dan tolong –menolong amat penting
   untuk mewujudkan perpaduan dan muhibbah dalam kalangan
   masyarakat majmuk.
Ulasan       : Nilai yang dapat diperoleh daripada petikan ialah hormat-
                     menghormati dan tolong- menolong dalam  kalangan masyarakat
  majmuk.


Penyataan : Semangat perpaduan merupakan asas pengukuhan hubungan
  pelbagai kaum.
Ulasan       : Kedua, perpaduan untuk mengukuhkan perhubungan antara
  pelbagai kaum.


Penyataan :  Hindari daripada bersikap buruk bagi menjamin keharmonian
   masyarakat dan Negara.
Ulasan       : Ketiga, bertanggungjawab iaitu tanggungjawab setiap warganegara
  menjaga keharmonian masyarakat dan Negara.


Penyataan :  Semangat muhibbah dan integrasi antara semua lapisan
   masyarakat dapat melahirkan sebuah negara yang aman damai.
Ulasan       : Keempat, semangat bermasyarakat dalam mewujudkan
  keharmonian.


Penyataan :  Bersama-sama mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara
Ulasan       : Kelima, cinta akan keamanan dengan sikap saling menghormati
  antara pelbagai kaum atau lapisan masyarakat.


          Nilai yang dapat diperoleh daripada petikan ialah hormat-menghormati dan tolong- menolong dalam  kalangan masyarakat majmuk. Kedua, perpaduan untuk mengukuhkan perhubungan antara pelbagai kaum. Ketiga, bertanggungjawab iaitu tanggungjawab setiap warganegara menjaga keharmonian masyarakat dan Negara. Keempat, semangat bermasyarakat dalam mewujudkan keharmonian. Kelima, cinta akan keamanan dengan sikap saling menghormati antara pelbagai kaum atau lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment