29 November 2011



  Semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,unsur tatabahasa
  perlu diambil kira juga. Berikut adalah antara tatabahasa yang perlu dikuasai.






LATIH TUBI BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN ( SET SATU )
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1.    “______________ mohon mengadap ___________, ”            sembah nelayan itu setelah dipanggil ke istana oleh Sultan Sarafuddin.
A.   Patik…….. hamba
B.   Hamba….. tuanku
C.   Hamba….. tuan hamba
D.   Patik ……. Tuanku

2.    Kamal menggunakan duit yang diberikan oleh Mak Ngah Nani ___________ membeli sebuah buku cerita sains.
A.   bagi
B.   untuk
C.   agar
D.   sambil

3.    Tangga kayu rumah  Tok Wan kelihatan telah reput akibat dimakan _________.
A.   api-api
B.   anai-anai
C.   sibur-sibur
D.   angkut-angkut

4.    Cikgu Latifah____________ mata pelajaran Matematik kepada murid-murid Tahun Enam Cemerlang.
A.   mengajarkan
B.   mengajar
C.   diajarkan
D.   diajari

5.    Tebing kolam itu ______________akibat hujan lebat kelmarin.
A.   retak
B.   rebak
C.   retas
D.   rebah

6.    Suria menemukan ____________ kunci dan ____________ keronsang mutiara di dalam almari lama  opah itu.
A.   sebentuk………….. serawan
B.   segugus ………….. sebiji
C.   sejambak ………… sebuah
D.   sebatang ………… sebuti

7.    Zubaidah ____________ akan segala pesanan opahnya agar dia tidak cepat berputus asa.
A.   pernah
B.   belum
C.   masih
D.   telah                                                                     1

8.    Kem Motivasi ____________ dapat menyemaikan kerjasama _________ dapat
membentuk jati diri murid-murid.
A.   bukan sahaja………… malahan
B.   selain…………………. juga
C.   malahan……………… juga
D.   walaupun……………. tambahan pula













9.    Puan Murni sedang _____________ adunan tepung itu sehingga sebati.
A.   menggaul
B.   menebar
C.   menguli
D.   mencanai

10. Sudah seminggu Ramasamy _____________ di hospital kerana demam panas.
A.   terdampar
B.   tersadai
C.   terkandas
D.   terlantar

11. Ramai ______________memberi bantuan untuk menyelamatkan mangsa banjir .
A.   budayawan
B.   cendekiawan
C.   sukarelawan
D.   sasterawan

12. Aina dan Ariana berasa _________ ketika menaiki buaian pusing yang tinggi itu.
A.   gugup
B.   gayat
C.   gagap
D.   gusar

13. ___________ orang tidak  gemar makan ikan sungai kerana baunya yang hanyir.
A.   Sesetengah
B.   Sebahagian
C.   Setengah
D.   Separuh                                                              2

14. Dia memang ___________ walaupun sering diperlekeh oleh rakan-rakannya.
A.   puteri lilin
B.   bodoh sepat
C.   keras kepala
D.   telinga kuali

15. Perangai Amin itu tidak tumpah seperti ayahnya, ________________________.
A.   bagaimana acuan begitulah kuihnya.
B.   bagai cincin dengan permata.
C.   bagai pelanduk dua serupa.
D.   bagai pinang di belah dua.












16. Pemuda itu ______________ tikar di ruang tamu rumahnya.
A.   mengembangkan
B.   menebarkan
C.   meletakkan
D.   menghamparkan

17. Joran Murad ____________ ditarik ikan yang dipancingnya.
A.   melentok-lentok
B.   meliang-liuk
C.   melentik-lentik
D.   melayang-layang

18. Kak Long saya baru sahaja menamatkan ___________nya di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
A.   pengkajian
B.   pengkaji
C.   pengaji
D.   pengajian








                                                                              3












19. Rosdi menggunakan sebatang kayu untuk ___________bakul sayur-sayuran itu.
A.   mengandar
B.   menggalas
C.   mengelek
D.   menjunjung

20. Wajah Junaidah sugul kerana kehilangan gelang tangan kesayangannya.
Perkataan seerti bagi sugul ialah …………….
A.   hampa
B.   masam
C.   hambar
D.   murung

21. Barang-barang itu dijual secara borong kepada para pelanggannya.
Perkataan berlawan bagi borong ialah …………..
A.   pukal
B.   tunai
C.   runcit
D.   hutang

22. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat Tanya yang diberikan.
Bilakah agaknya kamu akan berkunjung ke Pulau Langkawi lagi ?

A.   Saya telah berkunjung ke Pulau Langkawi pada cuti yang lalu.
B.   Mungkin saya akan pergi ke sana lagi pada cuti sekolah nanti.
C.   Saya akan pergi lagi bersama-sama dengan keluarga saya.
D.   Sudah dua kali saya telah berkunjung ke Pulau Langkawi.

23. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Semua peserta perkhemahan berkumpul ditapak perhimpunan sebelum bertolak.

A.   Apakah yang perlu dilakukan sebelum bertolak ?
B.   Mengapakah semua peserta berkumpul di kantin ?
C.   Di manakah semua peserta perkhemahan berkumpul ?
D.   Bilakah semua peserta perkhemahan berkumpul ?

4

     Soalan 24 hingga soalan 25
     Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
24. “Mak, tadi Faridah telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan bersajak di sekolah,” kata Faridah kepada emaknya.

A.   Faridah memberitahu emaknya bahawa dia akan menjadi johan dalam pertandingan bersajak di sekolahnya tadi.
B.   Emak memberitahu Faridah bahawa Faridah telah menjadi johan dalam pertandingan bersajak di sekolahnya tadi.
C.   Faridah memberitahu ibunya bahawa dia telah menjadi johan dalam pertandingan bersajak di sekolahnya tadi.
D.   Emaknya telah diberitahu oleh Faridah bahawa dia akan menjadi johan bersajak di sekolah tadi.

25. Puan Amlia telah membenarkan anak bongsunya menyertai ekspedisi ke Gunung Kinabalu.

A.   Anak bongsu Puan Amlia telah dibenarkan olehnya menyertai ekspedisi ke Gunung Kinabalu.
B.   Anak bongsu dan Puan Amlia telah dibenarkannya menyertai ekspedisi ke Gunung Kinabalu.
C.   Puan Amlia telah dibenarkan oleh anaknya menyertai ekspedisi ke Gunung Kinabalu.
D.   Anak bongsu itu dibenarkan emaknya untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Kinabalu.
Soalan 26 hingga  soalan 27
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
26. I    Perasaannya terbenam semasa mendeklamasikan sajak.
II   Hatinya terbenam setelah mendengar cerita sedih datuk.
III  Bangkai kapal itu dikatakan terbenam di dasar laut.
IV  kami terpegun melihat pemandangan tatkala matahari terbenam.

5
A.   I    dan II
B.   I    dan III
C.   II   dan IV
D.   III  dan IV

27. I    Anak-anak Cikgu Zaitun berkulit cerah.
II   Air sungai itu menjadi cerah selepas hujan.
III  Wajahnya kelihatan cerah setelah pulih daripada penyakit.
IV  Barang-barang itu dipamerkan di dalam almari yang cerah.

A.   I,II dan III
B.   I,II dan IV
C.   I,III dan IV
D.   II,III dan IV

5
     Soalan 28 hingga soalan 30
     Pilih ayat-ayat betul
28. A  Kedua anak Mak Timah lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia.
B  Pelbagai jenis lauk dijual di Restoran Muara.
C  Kita perlu saling bantu-membantu antara satu sama lain.
D  Tiap petang Puan Zuraini akan membawa anaknya bersiar-siar.

29. I    Imran merupakan murid yang sangat pandai sekali.
II   Para penonton terpesona kemerduan suara penyanyi itu.
III  Ana terlupa membeli kicap yang dipesan oleh emaknya.
IV  Acara padang di antara rumah sukan akan diadakan pada hari Khamis.

A  I   dan II
B  I   dan III
C  II  dan III
D  II  dan IV

30. I    Emak membahagikan kek yang dibeli oleh ayah kepada tujuh bahagian.
II   Nasi goreng  di atas meja itu telah habis dimakan oleh kami.
III  Anggota tentera itu sanggup berkorban demi negara tercinta.
IV  alat pendingin hawa di pusat sumber  itu perlu diselenggara dengan segera.

A   I,II dan III
B   I,II dan IV
C  I,III dan IV
D  II,III dan IV
6
AZAUPSR082011




1 comment: