8 December 2011

LATIH TUBI PENULISAN BAHAGIAN C
 Petikan 1
Salmi tinggal di kampong bersama- sama datuk dan neneknya. Setiap hari selepas solat subuh, Salmi akan berjalan kaki ke sekolah. Selepas pulang dari sekolah, Salmi akan membantu datuknya mengutip buah- buahan. Dia kasihan melihat datuknya kerja sendirian. Datuk akan memberikan upah kepada Salmi. Salmi akan menyimpan wang tersebut untuk membeli basikal. Mereka menjual buah- buahan yang segar dan elok sahaja. Mereka tidak suka menipu pelanggan yang datang membeli. Sedikit wang hasil perniagaan itu akan datuk sedekahkan kepada orang miskin. Begitulah yang selalu datuk lakukan. Salmi bangga, datuknya seorang yang pemurah.

 Aktiviti 1 : Tuliskan penyataan yang mengandungi pengajaran. Kemudianan tulis nilainya dalam kurungan.

1.  _______________________________________(                              )

2.  ________________________________________(                              )

3.  ________________________________________(                              )

4.  ________________________________________(                              )

5.  _________________________________________(                             )
 Aktiviti 2 : Berdasarkan penyataan di aktiviti 1, tuliskan pengajaran dalam ayat yang lengkap. Gunakan penanda wacana yang diberikan.
 1. Pengajaran pertama, kita hendaklah __________________________________________________.

 2. Seterusnya, kita perlulah __________________________________________________________.

 3. Selain itu, kita haruslah ___________________________________________________________.

 4. Pengajaran keempat, kita mestilah ___________________________________________________.

 5. Akhir sekali, kita wajarlah _________________________________________________________.

 AZA/BM/T/C

No comments:

Post a Comment