BAHAGIAN C
Panduan
Menjawab
1.
Baca soalan dengan teliti
dan kenal pasti arahan yang diberikan dalam soalan..
2.
Kenal pasti kehendak
soalan , sama ada membuat ulasan tentang pengajaran, nilai- nilai murni,
kebaikan, keburukan atau amalan baik.
3.
Garis kan kata kunci kehendak soalan.
4.
Baca keseluruhan soalan
(petikan ), kemudian baca dengan teliti untuk difahami.
5.
Garis isi-isi, idea-idea
atau persoalan dalam petikan tersebut. Kemudian catat poin-poin ringkas.
6.
Rangka ulasan → Mengapa
dan kenapa
7.
Bina ayat berdasarkan
poin-poin tersebut.
8.
Beri pandangan atau
nyatakan pendapat tentang isi atau persoalan yang terdapat dalam petikan
sahaja.
9.
Ayat mesti gramatis, tepat
tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.
AZA
1 03/12/2011
PENGAJARAN dan NILAI MURNI merupakan perkara BERBEZA
Rangka jawaban
Pengajaran / nilai murni yang pertama,
kita mestilah ……………
Selain
itu, kita perlulah…………………………..
Seterusnya,
kita haruslah……………………….
Di
samping itu, kita hendaklah ………………
Akhir
sekali, kita perlulah ……………………..
Teknik membuat ulasan
1.
Teknik huraian
– Berikan sebab bagi setiap perbuatan. Gunakan kata
supaya, agar, untuk
2.
Teknik
contoh – Mengambil contoh perbuatan
dalam petikan
Soalan Kakak
telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata itu tetapi
adik tidak mengendahkannya.
Jawaban : Teknik
Huraian – Kita mestilah melarang adik
daripada melakukan perbuatan tidak baik supaya
tidak berlaku sesuatu yang buruk.
Teknik Contoh – Kita perlulah
menegur adik daripada
bermain dengan barang- barang kepunyaan orang lain
contohnya seperti yang kakak
lakukan.
Perbezaan menulis soalan pengajaran dan nilai murni.
Contoh soalan
: Adik mengucapkan terima kasih kepada kakak
kerana telah menolongnya
menyiapkan kerja
sekolah.
Pengajaran → Kita mestilah mengucapkan terima kasih kepada
orang yang telah memberi pertolongan kepada kita.
Nilai Murni → Kita mestilah menghargai orang yang telah
memberikan pertolongan kepada kita.
No comments:
Post a Comment